Thursday, May 13, 2010

..around the world..

Class of Delta, SASER Pioneers.



My class of form 4 and 5 Delta of SASER 2002. My words may be harsh, but dont take it too seriously, its just some things from my heart, hehe..

1. Muzakkir (Lobo, Mama, Mamalobo)
-Dia ni besar, tinggi, tegap, gelap dan pandai main basketball. Dah macam Michael Jordan pun ada haha. Entah camne pulak dia ni jadi pengawas sekolah. Tapi dia ni selalu kena target dengan Ustad Farid hehe. Subjek favorite dia Kimia dengan Fizik. Dia ni pelik sikit, tapi aku memang tak hairan la sebab kebanyakan budak Delta pun sama jugak hehe.

2. Zul-Izzi (Watson)
- Berbadan tough dan tangan yg selalu berpeluh2, orang yg paling rendah dalam klas, tapi sangat kuat. Muka macam Watson Nyambek, pelari pecut Malaysia yg mengamalkan makan daging buaya. Pernah jadi wakil sekolah main ragbi, selalu jadi bahan buli aku dgn Razi. Ada handphone tapi nak sorok2, blah la wei. Selalu call awek secara bersembunyi kat mana2 sudut tah, pastu nak berpeluh2.

3. Zukhairi (Zack)
- Pengerusi klas, antara budak pandai dalam klas. Murid kegemaran cikgu, petah berkata2. Selalu pakai songkok dlm klas. Pandai main bola. Suka menyanyi dalam klas, memang suara sedap pun hehe walopon ada bunyi2 macam belum baligh lagi. Selalu tanya aku kalau dia tak paham subjek English. Selalu jugak aku tiru homework dia hehe.

4. Khairul Azfar (KD, Ketua Dorm)
- Dalam klas dia pakai songkok, tapi kat luar dia pakai topi je 24jam. Mengamalkan konsentrasi yg penuh ketika waktu prep, akan buat muka tensen bila ada orang bising2. Suka subjek Fizik dgn Add Maths kot. Selalu jugak bermesra2 dgn cikgu. Orang Seremban. Garang dia ni.

5. Ariffin (Ipin)
- Dia ni survive tak lama, form 4 kat Saser pun tak abis. Selalu membanggakan diri, menggelarkan dirinya "Otai Tampin" padahal bak kata Mamalobo takde pun orang Tampin yg kenal nama Ipin hehe. Muka dia kelakar.

6. Syazwan (Wan)
- Bermuka serius dan seperti mat bunga2. Selalu je kemas. Kadang2 dia suka marah2 orang buat muka serius lepas tu tiba2 senyum balik, bajingan btul. Satu geng dengan Razi ni, Geng Gagak Hitam.

7. Azizi Aizi (Azizi)
- Kalau dalam klas cakap banyak je, tapi bila depan cikgu alahai, baiknye die, pijak semut pun tak mati hehe. Skang ni jadi askar, wa respek ar sama lu. Suka buat lawak gay dengan Razi atau Wan.

8. Mior Azrul Anuar (Mior, KU, Ketua Umum)
- Mat jambu. Suka lepak dengan geng koop. Yang merupakan jambu jugak. Favorit cikgu2. Penah jadi Ketua Umum. Tak aktif sangat sukan. KD suka bermesra2 dengan Mior.

9. Hakimi (Babad)
- Orang JB. Badan besar, bapak dia polis ooo. Power main ragbi dan sukan orang yg berat2 ni. Kadang2 aku tak paham apa dia cakap, ada la skali skala dia merepek.

10. Shah Rizal (Shah I)
- Budak paling pandai dalam klas kot. Dia ni baik, tak lokek nak ajar aku, atau bagi aku tiru homework hehe. Tapi payah sket ar sebab tulisan dia cincai skit. Minat David Beckham dgn Manchester United.

11. Mohd Ar-Rahman (Rahman, Ramanathan)
- Rambut pacak2, ada uban. Suka main basket, power subjek English. Pengawas sekolah. Kadang2 dia ni poyo, tapi aku rasa dia ni baik hati je. Menjadi bahan kutukan disebabkan warna kulit tapi dia tak kesah sebab dia seorang yg cool.

12. Faiz (Hulk)
- Badan besar jgk macam Mamalobo. Muka macam bapak orang. Aku penah bergaduh dgn dia skali sebelum exam, pasal benda bodo kot. Pandai dribble bola, suara pun sedap. Cuma perangai je something skit. Kadang2 tu tiba2 je meja dia sorang je letak kat tengah2 klas bawah kipas. Pastu letak buku bersusun2 atas meja padahal ada je locker kat blakang, takpun simpan dalam meja bole jgk. Aku penah tensen sebab die pinjam buku lab Biology aku pastu tak ngaku amik, tapi aku tau dia ni baik.

13. Raja Abdul Malik (Raja)
- Rambut belah tengah dengan tepat skali. Ahli band nasyid Saser, Sautulfirdausi. Suka berangan2, menyanyi dan tido dalam klas. Geng dengan Mior.

14. Khairul Anuar (Nuar, Mat JB)
- Slalu nyanyi lagu2 rock kapak. Anak tokey kilang tisu kat JB. Selalu mandi pakai boxer yg see-through eeeeeeeeeeee...Tak penah bersukan. Antara salah sorang yg boleh masuk dgn aku. Rajin mengutuk orang macam aku. Slalu ketawa terkekeh2. Muka takdela hensem pun, tapi terer mengayat perempuan.

15. Hakim (Hakim Jarkoni)
- Ustad dalam kelas Delta. Dulu satu skolah dengan Razi, tapi perangai jauh berbeza. Skang blaja kat Jepun. Pandai nyanyi nasyid, pandai main bola. Tak penah aku dengar dia mencarut skali pun. Selalu je cool walau camne pun keadaan.

16. Azim (Tony)
- Muka macam mat saleh. Lembut je orangnye. Tapi gf dia lagi tua dari tua dari dia, damn. Orang yg pengemas, tak banyak cakap.

17. Khairul Afendi (Koboi)
- Muka samseng tapi pandai. Wakil sekolah main ragbi, keeper untuk team bola, takraw. Respek woo tengok dia jadi keeper. Dive sana sini save bola. Terer Fizik dgn Maths.

18. Fakhrurazi (Razi, Aton, Syaiton, Syaitonirrajim)
- Budak paling istimewa dalam kelas. Tidur dalam klas tak hingat. Pantang ada masa free mesti pakai towel pastu pegi toilet. Buat apetah. Slalu je wangi, padahal skolah ktorg skolah lelaki tah siapa dia nak ngorat pun tak tau. Ustad Farid suka kacau dia. Ahli anti-nasyid, Sautunnar dan Ketua Geng Gagak Hitam. Suka pinjam komik aku, beli sendiri tak nak.

19. Naqqib
- Aku.

3 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Kuang asam! Hahaha.Xpe.Nanti aku buat post khas untuk kau kasi balas balik.Hahaha.

BTW,bagus sial ingatan kau.Aku xingat pun ada budak nama Ipin tue.

cracked bunny said...

memang sesuai gile ngn razi.thumbs up!

shogunn_general said...

Razi : ko cite yg elok2 je pasal aku tau haha. adela budak tu nama ipin. aku kalau yg muka2 mcm stok watak majalah ujang mmg aku ingat smpi bila2

Sha : its the truth, and nothing but the truth haha